TENTANG KAMI

DONS BUILDER

Dons Builder Resources (002860877-A) merupakan syarikat binaan yang berdaftar dengan CIDB khusus di dalam kerja-kerja binaan seperti mengubahsuai rumah, bina rumah di atas tanah sendiri, tambahan rumah dan juga lukisan pelan.

Kami telah beroperasi selama 2 tahun lebih dan terus memberikan khidmat terbaik kepada semua client di seluruh utara merangkumi Perlis, Kedah dan juga Pulau Pinang (Penang).

Sepanjang penglibatan Dons Builder di dalam bidang pembinaan, tiada rumah atau projek yang terbengkalai atau tertangguh. Dengan keutamaan syarikat yang menitikberatkan kualiti di dalam setiap binaan, kami sentiasa memastikan mutu binaan terjamin dan menepati citarasa client.

Harapan kami, Dons Builder akan terus membina lebih banyak rumah idaman dan juga merenovasi lebih banyak rumah pada masa akan datang. Dons Builder berusaha meningkatkan mutu binaan dan juga gerak kerja dari semasa ke semasa.